• Home
  • Blog
  • Shop
    • Product
    • Cart
    • Checkout
  • Contact
  • My Account

The Adventures of Mommy Hana Lisa

The Ultimate Dream Job

You are here: Home / Blogging / Aktiviti untuk bayi berusia 4 – 5 bulan
Blogging, Homeschool and Activities, Parenting & Motherhood

Aktiviti untuk bayi berusia 4 – 5 bulan

14th February 2020 Leave a Comment

Ramai yang tanya aku apa aktiviti yang boleh dilakukan dengan baby bawah umur 1 tahun. Untuk memudahkan semua orang, aku bahagikan entry ni mengikut umur bulan bayi. Takde masalah untuk buat pada bayi yang usia lebih tua, tapi kalau buat pada baby yang lebih muda dan tak dapat tindak balas yang sewajarnya, janganlah koyak pula.

Aku buat rumusan aktiviti ni berdasarkan pengalaman sendiri, buku-buku perkembangan kanak-kanak dan artikel-artikel yang aku baca di internet ye. So takde lah aku nak memandai2 buat palatao bajet pakar kanak-kanak. Aku cuma mudahkan urusan korang je letak semua dalam ni siap2.

Baby umur 4-5 bulan ni:

  • Dah mula faham konsep sebab dan akibat. Contohnya bila dia goncang rattle, rattle berbunyi.
  • Dah pandai main peekabo.
  • Dah suka and anticipate bila tengok kita nyanyi sambil tepuk tangan.
  • Akan dengar betul2 bunyi yang kita keluarkan dari mulut kita bila kita cakap dengan dia. So kita kena buat lebih banyak bunyi yang repetitive untuk dia tangkap.
  • Dah enjoy explore tekstur yang berbeza (masa ni dah boleh start introduce busy book jenis kain tu).

Antara aktiviti yang korang boleh buat dengan anak korang ialah:

Bagi dia kertas mahjung / kertas minyak untuk dia renyuk2. Plastik pun boleh tapi KENA TENGOK dia sentiasa takut plastik tu melemaskan anak korang. Jangan sesekali tinggalkan plastik di tangan dorang tanpa pengawasan.

Bawak anak korang jalan-jalan tengok alam sekitar. Letak dalam stroller ke, bawak jalan2 kat taman. Boleh bagi makan itik2 contohnya. Baby boleh tengok itik2 tu makan. Dengar bunyi itik. Sambil bagi makan korang boleh la nyanyi lagu 5 Little Ducks tak pun Anak Itik Tokwi.

Mintak peluk. Boleh ajar anak peluk kita semula. Selalu kita peluk dia, sekarang boleh slow2 ajar dia peluk kita semula.

Bagi dia main mainan yang berlampu. Contohnya pada gambar di atas, aku bagi Hana main keyboard kain yang berlampu. Tu aku beli kat Toy r Us, tahan sampai sekarang Lisa dok main.

Contoh barang lain adalah, rattle yang berlampu macam gambar di atas.

Boleh bagi tengok perlawanan bola sambil tunjuk arah dan pergerakan bola. Sambil pangku dia atas riba kita tengok bola, sambil cakap dengan baby pasal players and game tu. Dia paham ke tak paham tu belakang cerita. Korang kena sentiasa communicate dengan dia.

Boleh bagitau baby apa yang korang nak buat sebelum korang buat something. Contohnya sambil nak pakaikan baju dia lepas mandi, boleh cakap “Sekarang, Ummi nak bagi Alif pakai baju”. Pastu baru pakaikan dia baju.

Main sorok2 mainan dia depan mata dia. Contohnya ambik teddy bear dia, sorok bawah kain depan dia pastu buat2 tanya “Hah, mana teddy?” Pastu boleh selak kain sambil cakap “Hah, there it is!”. Nanti dia akan anticipate untuk ikut cari jugak.

700-00065782 © Dan Lim Model Release: Yes Property Release: No Model Release Portrait of Mother and Baby Clapping Hands

Tepuk amai2. Letakkan tangan dia dalam posisi tepuk dan kepit dengan tapak tangan kita. Nyanyi la tepuk amai2 ke, if you are happy and you know it ke.

Main peekabo. Selain tutup muka kita dengan dua tapak tangan, dah boleh start tutup muka dia skit dengan selimut and cak cak dia. Aku selalu buat time lepas mandi sambil2 nak bagi dia berbaju.

Bagi tengok buku. Bagi baby tengok board book yang besar untuk dia tengok gambar warna warni. Pegang sana sini. Board book sebab buku jenis ni tak mudah koyak and takde paper cut jugak. Boleh jugak guna cloth book. Cari kat kedai buku, Shopee or kedai jual barang baby.

Sebut nama barang. Dah boleh bagitau dia setiap benda yang dia pegang contohnya. Kalau dia pegang sudu, bagitau dia “Sudu”. Sebut la slow2 Suuuuuu duuuuuu. Bagi dia boleh tangkap. Dia baru nak belajar sebut kan. Boleh jugak buat2 ambik mainan dia contohnya ambik rattle dia. Pastu tanya dia “Hah, mana rattle? Ni rattle” sambil hulurkan rattle tu pada dia.

Dah boleh start bagitau warna. Kumpul blocks yang sama warna, pastu bagitau lah dia tu warna apa. Pastu boleh bagi dia runtuhkan blocks tu.

Setakat ni je lah entry ni ye. Semoga bermanfaat.

Previous:
Free Printable: Cut and Paste the Matching Shapes
Next:
Free Printable: Cut and Paste the Matching Shapes 2

You might also enjoy

Interactive Games: Padankan Gambar dengan Perkataan yang Betul
Free Printable: Reward Charts for Kids
Interview: BERNAMA Radio

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

About Me
  • photo_2019-12-01_13-49-33
    Lisa
  • photo_2019-11-30_23-17-05
    Hana

Categories

  • Blogging
  • D.I.Y
  • Food & Recipes
  • Free Printables
  • Gardening
  • Homeschool and Activities
  • Interactive Games
  • Mompreneur
  • Parenting & Motherhood
  • Review
  • Thoughts & Opinions
  • Travel

Recent Comments

  • Mommy Intan on Giveaway Free Busy Book
  • Zarliyana on Giveaway Free Busy Book
  • Mommy Intan on Cara-cara Menanam Taugeh Gemuk di Rumah
  • Mommy Intan on Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa
  • Mommy Intan on Bercucuk Tanam di Rumah for Beginners

Recent Posts

  • What’s Next In Digital Marketing? Find Out In ACCESSTRADE Malaysia’s Performance Growth Summit 2021
  • Among Us Addition Worksheets
  • HOMESCHOOL – SUBTRACTION DAN FREE PRINTABLE WORKSHEETS
  • Giveaway Free Busy Book
  • Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa

Archives

  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • April 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Calendar

February 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
242526272829  
« Jan   Mar »

Follow My Instagram

_loveshak

Mom of two daughters @thehanalisa
Blogger
PAID Review only: loveshakmsia@gmail.com
#koktansukamasak

Diary of a Housewife
Thank you @nourguidance buat makan2. Terima kasih Thank you @nourguidance buat makan2. Terima kasih semua yang masak, beli, dan bawa makanan sedap2 untuk kita semua seisi keluarga menjamu selera. Makan tu makan jugak, nanti kena la sambung bersukan! 😡  Btw ingat ye, jangan bongkak 👍 , itu ja nak ingatkan. ada bluetick x semestinya paling terhebat dalam dunia. Lupa nak ambik gambar @nickfara91 sebab time tu sibuk gelak tak ingat dunia dan sibuk makan.
Next week sekolah bukak semula. Dah boleh dah slow Next week sekolah bukak semula. Dah boleh dah slow2 plan nak masak apa untuk bekal + bekal lunch KAFA. Di samping tak tersalah bagi pakai baju lagi + ingat jadual kelas piano, eye level dan swimming yang aku dah tukar last week. Kebarangkalian untuk aku buat silap adalah sangat tinggi sebab benda rutin pun aku lupa, inikan plak benda baru 🤣
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kas Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih pada yang memenuhi majlis, yang membuatkan majlis berjalan lebih lancar, yang ada dalam video or not.
Lisa pernah diuji… ☹️#throwback Lisa pernah diuji… ☹️#throwback
Aku tanya Lisa macam mana boleh ada kesan marker k Aku tanya Lisa macam mana boleh ada kesan marker kat lengan dia tu. Aku tanya sebab that is so not Lisa. Dia kalau buat apa pun aktiviti kat sekolah, memang takkan ada setitik cat pun kat baju dia sebab dia orang yang sangat cermat. Dia jawab:

“This is totally not me. I didn’t do it. I used my teacher’s marker pen and it is red”.

“So siapa yang duduk di sebelah awak?”

“Qissalma and Hana Sofia. But Hana Sofia used red marker pen too. It must be Qissalma because she used black marker pen”.

Good job Lisa 👏👏 Kritikal dan Analytical thinking yang mantap 🤣😂
Happy Mother's Day to all the incredible moms out Happy Mother's Day to all the incredible moms out there who work tirelessly to make their children's lives better. You are appreciated more than you know! Wishing all of you a happy and relaxing Mother's Day filled with love and appreciation. 😘😘😘
Steaming through the weekend chores - it's ironing Steaming through the weekend chores - it's ironing day today!
Sesungguhnya dah 3 hari berturut2 Hana Lisa makan Sesungguhnya dah 3 hari berturut2 Hana Lisa makan ni. Dorang nak lagi. So aku buat je la. Btw kalau korang nak buat untuk korang makan, kisar bawang dengan cili padi ikut tahap kepedasan korang. Pes tomyam plak at least 2 sudu besar la baru kick rasa tomyam tu. Resepi aku share ni untuk budak2 makan atau dalam bahasa Bintulu, pedas tahap Adeng. Siapa Adeng? Rahsia 🤣🤣😂 selamat mencuba! #koktansukamasak
From friendly to resting bi**h face, in the blink From friendly to resting bi**h face, in the blink of an eye. That's the beauty of being human - the ability to switch emotions in a split second 😌
Thank you semua yang datang rumah terbuka kami. Ka Thank you semua yang datang rumah terbuka kami. Kami mintak maaf atas segala kekurangan. Harap2 anak2 semua enjoy, parents pun boleh rileks dan bersembang puas2. Nanti kita buat lagi okay! 😘😘😘 Thank you so much! Your presence made this event all the more special. 😘😘

Ps: rumah dah kembali seperti biasa dalam masa satu jam. Kami tak kisah dan tak serik untuk host rumah terbuka lagi.
Tahukah korang, Lisa ni baby miracle? 😂 Selain Tahukah korang, Lisa ni baby miracle? 😂 Selain dari kewujudan dia walaupun kami dah guna kaedah perancang keluarga, aku jugak tau yang aku mengandungkan dia melalui mimpi. 😂

Dah tua bangka ni memang jarang la aku bermimpi. Tapi satu malam tu aku mimpi benda yang sangat aneh la. Yang tak rasa macam mainan tido. Aku mimpi aku jalan kat sawah pegang tangan dengan Hana. Pastu nampak matahari dengan bulan serentak kat langit. Awesome view. Memang takjub dan aneh. Aku terjaga dari tido, terus aku google apa maksud mimpi tu. Nahhhh dia kata maksudnya aku mengandung 😂 Aku cite kat Shakir. Aku tak caye! Period aku pun belum missed. Ada lagi beberapa hari sebelum period aku datang time tu. Tapi aku beli jugak UPT. Aku test. Noh rokiah. Double line 😂 aku test sampai berapa puluh kali (ye puluh kali literally sebab aku beli pek bundle sekeping RM1.50 kat internet), masih double line 😂

Alhamdulillah. Tak pernah merancang nak ada tapi Allah sebaik2 perancang. Sekarang dah 5 tahun dah minah ajaib ni wujud. Alhamdulillah.
Kami mampu je belikan iphone untuk Hana tapi kami Kami mampu je belikan iphone untuk Hana tapi kami bagi dia pakai telefon Nokia untuk dia guna call and mesej kami 🤣😂 Kena tegur sebab rajin sangat sms orang 😂
Load More… Follow on Instagram

Stay Connected

Subscribe to get more simple learning activities and some free goodies

2023 The Adventures of Mommy Hana Lisa. All Rights Reserved. Design by SkyandStars.co
Back Top