Salam semua
Waduh2 udah lama tidak mengupdate blog, dah ada update terkini lagi sensasi lah wordpress ni. Ni kasi try sikit bagi warna warni kehidupan. LOL!
Sahaja aku menulis entry pada hari ini untuk mengimbau kembali segala kenangan yang berlaku sepanjang 2023 tapi sudah semestinya aku tak ingat apa sangat kecuali yang indah2 belaka.
Alhamdulillah tahun ni dapat aku bawak Hana Lisa ke Disneyland dan Disneysea sekali lagi. Insyaallah pengalaman yang lebih berharga dari sebelum ni sebab memasing dah besar and looking foward nak naik macam2 rides. Kami jugak dapat bawak Hana ke Universal Studio dan Hana dapat main di Super Mario Nintendo World smthg2 like that lah. Dia selalu main Switch Nintendo aku so of course la dia kenal watak2 tu and into the scene. Aku plak happy dapat pegi Ghibli Museum + kedai Totoro. Insyaallah akan datang aku nak pegi Jepun lagi sebab Ghibli theme park dah nak siap sepenuhnya.
Pasal kawan2 plak, member group terpaling sukan kat sini dah cecah 12 orang kalau tak silap (aku malas nak check). Masing2 try hard nak kuruskan badan lah, untuk hidup sihat lah bagai. Tapi dekat2 hujung tahun ni agak kelaut memasing sebab ada 2 org baru beranak plus sorang lagi baru ngandung plak. The momentum is not there anymore (at least for me) so aku end up diet sorang2 la or exercise ala kadar je. Tapi takpe, next year kita cuba lagi.
Pasal hubungan percintaan plak, aku dengan Shakir sekarang tengah PJJ. Dia kat KLCC, aku kat Bintulu urus anak2 dan rumahtangga. So far so good sebab setiap 2 minggu dia akan balik anyway. Takde la tersiksa pun. Teruk lagi aku tengok orang lain kena PJJ dengan suami deme kan so aku bersyukur je lah dengan apa yang aku ada takde komplen2 or nak buat teruk. Ada la jugak kemanisannya bila PJJ ni. Aku ada lebih banyak masa untuk diri sendiri. Time nak tido boleh tepek apa saja skincare di muka. Nak puasa anytime pun takde masalah. Nak tido jam berapa pun takpe. And tiap2 kali jumpa je nanti lebih teruja la sebab lama tak jumpa kan wkwkckkc.
Pastu aku jugak mengandung 8 minggu sebelum keguguran. Sama jugak macam Lisa, aku dah tau aku pregnant a week sebelum period aku missed pun. Just my motherly instinct. Pastu test2, eh memang ngandung. Tapi takleh watpe la, takde rezeki, gugur. Aku ngandung tu sebelum tau Shakir akan PJJ dengan kami. So macam blessing in disguise jugak la kot sebab aku takleh bayangkan macam mana kalau nanti aku kena morning sickness bebukan kang. Sape plak nak jaga rumah and Hana Lisa ye dak?
Pastu kitorang adopt kucing kat pameran pet, kami bagi nama Hazel. Sadly Hazel mati 3 hari kemudian sebab fading kitten syndrome. The next day, kami adopt kucing baru dari organization yang sama. Kami letak nama Princess Sparkle sebelum beberapa minggu kemudian baru aku perasan yang dia adalah jantan LOL! So nama dia pastu adalah Kudo. Ramai orang ingat nama Kudo tu nama orang Jepun. Padahal sebenarnya Kucing boDo. So jadi la Kudo wkwkckck.
Bukan takde benda tak best jadi. Normal lah hidup semua manusia mesti ada hepi dan sedih. Tapi aku decide nak focus pada yang best2 je lah and even benda kecik pun aku bersyukur sangat. Alhamdulillah.
Tu je la aku nak meracau kot. For now.
Leave a Reply