Salam semua!
(INI ADALAH POST LAMA YANG DI COPY PASTE DARI BLOG LAMA DAN BERTARIKH Tuesday, January 7, 2020)
Aku dah start ajar Hana Subtraction selepas sekian lama dia asyik buat soalan tambah je bila buat Matematik. Sesungguhnya aku dah nak muntah tengok soalan2 tersebut tapi apakan daya, practice makes perfect. Nak tak nak, Hana kena jugak buat latihan matematik bab penambahan tu sampai tepu, sampai dia cekap. Cuma aku pikir, lepas ajar tolak ni, ada la variety skit ketika menjawab soalan wkwkwk. Camtu pun boleh…
Bagi korang yang follow aku di Instagram, aku ada upload video aku mengajar Hana bab Subtraction ni for the first time everrrr. Ya, itu adalah video genuine, macam mana aku mula ajar Hana setiap kali masuk bab baru. Selama ni aku tak pernah rakam camne aku mengajar sebab ye lah, aku ni bukannya mak yang penyabar sangat. Bebila je aku boleh bertukar jadi Hulk. Nanti netizen tengok, habislah reputasi aku plak ye dak wkwkckckc.
Bagi korang yang malas nak tengok video penuh di Instagram aku, di sini aku lampirkan beberapa gambar time tu.
Seperti mana yang korang lihat, aku guna real things untuk dia grasp the concept of Subtraction. Aku jugak guna mainan dia untuk memberikan impak lebih dalam pada diri dia supaya dia lebih tertarik nak belajar and lebih mudah faham. Masa aku ajar dia Addition pun aku guna barang2 yang lebih kurang sama.
Seperti yang korang lihat, ini adalah hasil latihan Hana yang pertama selepas aku ajar dia Subtraction dengan menggunakan mainan dia. Korang juga dapat lihat yang bermula dari soalan no 9, aku secara halus telah memperkenalkan teknik baru kepada Hana iaitu teknik melukis garis dan cross out garis tu sambil kira. Untuk nombor yang lebih besar, teknik guna barang sebenar dengan lukis garis2 ni takleh pakai jugak anyway sebab tu nanti aku akan ajar Hana bentuk lazim pula. Tapi tu lambat lagi lah. Kita bagi dia cekap dengan nombor2 bawah 10 dahulu. Cepat2 nak pi mana ye dak?
Ni lagi satu contoh soalan Subtraction yang Hana buat. Worksheet tu ada gambar siap2 dah lukis so dia takyah buat garis. Dia cuma perlu cross out je gambar yang diberikan mengikut kehendak soalan. Seronok buat latihan bertubi2, tak sedar dah bagi Hana lebih dari 45 soalan dah LOL sorry anakku…
Aku nak share worksheet tu tak appropriate pulak sebab website tu adalah website berbayar so aku buatlah sendiri soalan untuk anak2 kita semua, menggunakan konsep yang sama. Aku gunakan character kegemaran majority anak2 yang sebaya dengan Hana so insyaallah, proses pembelajaran dorang akan lebih menggembirakan gittew. Korang boleh download dan print sendiri worksheets tersebut dengan click gambar di bawah 🙂 Once korang dah pakai nanti, feel free to tag me on my Instagram/Twitter/FB ya. Terima kasih!
P/S: Bagi yang berminat nak beli lesson plan dan worksheet aktiviti Belajar Bersama Lisa, boleh dapatkan di sini:
Letter A https://shp.ee/g7eqwm6
Letter B https://shp.ee/nrdisp6
Letter C https://shp.ee/csxectn
Letter D https://shp.ee/dm544yt
Counting busy book 1-5 https://shp.ee/vg688jn
Leave a Reply