• Home
  • Blog
  • Shop
    • Product
    • Cart
    • Checkout
  • Contact
  • My Account

The Adventures of Mommy Hana Lisa

The Ultimate Dream Job

You are here: Home / Blogging / Cara-cara Menanam Taugeh Gemuk di Rumah
Blogging, Gardening

Cara-cara Menanam Taugeh Gemuk di Rumah

20th January 2020 Comments : 9

Salam semua makcik dan pakcik bawang sekalian!

Seperti mana yang aku janjikan, ni cara-cara untuk mendapatkan taugeh yang gemuk seperti yang dijual di kedai. Sorry la lambat post entry baru sebab malas edit gambar, nak watermark lagi. Hmmmmmm….

Tanpa melengahkan masa, ya inilah cara-caranya!

Pertama: Rendam bijik kacang hijau semalaman.

Ini adalah hasil kacang hijau yang aku rendam almost 24 jam. Dah nampak ada akar yang keluar.

Kedua: Buang biji kacang hijau yang dah mati.

Macam mana nak tau dah mati? Dia tak keluar akar macam dalam gambar di atas. Belek la satu2. Kadang dia terbelah dua. Tu semua dah mati la. Jangan semai sekali dengan yang elok sebab nanti mayat taugeh tu bagi taugeh2 yang lain berkulat. Buang yang keruh, ambil yang jernih sahaja k. Satu cara untuk memastikan tak banyak biji kacang hijau yang mati, JANGAN sesekali beli kacang hijau yang dalam bungkusan yang telah divakum. Beli yang dalam plastik jenis loose or lagi elok style cedok timbang tu.

Ketiga: Sediakan bahan-bahan seperti di bawah.

Ya, aku guna kain lampin Hana Lisa yang ntah berapa kurun tak pakai. Kenapa aku pakai kain ni? Untuk bagi ada aliran udara mengalir, bijik2 kacang tu boleh bernafas. Pastu aku guna strainer sebab senang aku nak siram bijik kacang hijau tu, air lalu terus tembus ke bawah.

Keempat: Tindih kacang hijau tersebut dengan benda berat.

Kenapa? Untuk bagi taugeh gemuk. Ada orang letak batu ye atas bijik benih ni. Aku tak tau la camne dia hidup, tapi memang jadi gemuk la. Maybe dia tumbuh memanjang ke bawah kot. Well aku, aku guna kain lampin tu untuk bagi berat tindih kacang hijau tu (bila kain lembab kan berat). Kalau korang tak tindih, taugeh yang tumbuh akan jadi kurus kering macam lidi. Tak menggairahkan langsung ye dak.

Kelima: Siram 2 kali sehari.

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara aku siram pokok taugeh aku setiap pagi dan malam. Aku siram 2x sehari bagi air lalu mencurah2 macam hujan keluar dari strainer.

Keenam: Tutup kacang hijau tu dan jangan bagi kena matahari.

As you gals and guys can see, aku bungkus pakai kain lampin tu. Satu, bagi berat. Dua, untuk tutup kacang dari cahaya matahari BUT at the same time, kacang hijau tu masih boleh bernafas. Kalau kena matahari, nanti tumbuh daun plak. Hang nak makan taugeh, bukan nak makan pokok kacang hijau kan wkwkwkkw!

So aku simpan bekas aku tanam taugeh ni kat dalam kitchen cabinet aku, bawah sink. Korang boleh je jugak letak dalam bilik bawah katil ye. Takde masalah. Asalkan tempat gelap.

Gambar di atas adalah gambar pokok taugeh wannabe aku yang berusia 2 hari. Akar dia makin panjang.

Setiap hari aku ulang lah rutin yang sama. Siram air dua kali sehari, pastu simpan tempat gelap. Aku bukak jugak kain lampin tu sekali sekala untuk tengok progress. Gamak dah 4 hari tu boleh check dah dah cukup panjang ke belum nak tuai.

Ya lihatlah betapa mantapnya taugeh yang aku tanam ni. Lebih segar dan crunchy! Selamat mencuba!

Previous:
Hana Lisa ke Jepun 2019: Malam Pertama
Next:
Review: Tupperware Smooth Chopper

You might also enjoy

Interactive Games: My Preschool Science (Smell)
Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa
Giveaway Free Busy Book

Comments

  1. Amyz! says

    21st January 2020 at 12:11 am

    Sedapnya aku tengok togeh camni. Rangup2 makan. Taruk gitu je masa makan mihun sup. Oiii sedap. Lapar pulak aku. Nak gi cari makan lah!

    Log in to Reply
    • Mommy Intan says

      21st January 2020 at 12:15 am

      Ingatkan nak ckp nak pi tanam taugeh! taguna!!!

      Log in to Reply
  2. Dzuha Ghanim says

    27th January 2020 at 9:40 am

    Hehe yeay nk try tanam arinih. Moga menjadi 🤣

    Log in to Reply
    • Mommy Intan says

      28th January 2020 at 9:13 am

      jgn pegang dorg lepas dah siram2 tu ye nanti semua berkulat sbb tercemar dgn tangan kita wkkwkwkkw

      Log in to Reply
  3. Mommy Intan says

    28th January 2020 at 9:11 am

    Hi, yes sure you may do that. Thanks!

    Log in to Reply
  4. shimah says

    2nd May 2020 at 4:03 am

    kacang tu dah tutup dgn lampin, lepas tu dia tumbuh melepasi lampin kan?

    Log in to Reply
    • Mommy Intan says

      11th June 2020 at 2:01 am

      Dia tumbuh bawah lampin…

      Log in to Reply
  5. Siti aminah says

    4th July 2021 at 2:45 am

    Yeayy… taugeh dah jadi,
    .siap dimakan….
    Sy suka taugeh yg berumur 2hari.. pendek tak,panjang pon tak…. terima kasih tips nya…. dah tak beli lagi taugeh kat kedai lepas ni🤭

    Log in to Reply
    • Mommy Intan says

      21st July 2021 at 6:52 am

      Hahahahha tanam bila nak guna je la hari2 jadi petani tu memang idok la.. malas haha

      Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

About Me
  • photo_2019-12-01_13-49-33
    Lisa
  • photo_2019-11-30_23-17-05
    Hana

Categories

  • Blogging
  • D.I.Y
  • Food & Recipes
  • Free Printables
  • Gardening
  • Homeschool and Activities
  • Interactive Games
  • Mompreneur
  • Parenting & Motherhood
  • Review
  • Thoughts & Opinions
  • Travel

Recent Comments

  • Mommy Intan on Giveaway Free Busy Book
  • Zarliyana on Giveaway Free Busy Book
  • Mommy Intan on Cara-cara Menanam Taugeh Gemuk di Rumah
  • Mommy Intan on Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa
  • Mommy Intan on Bercucuk Tanam di Rumah for Beginners

Recent Posts

  • What’s Next In Digital Marketing? Find Out In ACCESSTRADE Malaysia’s Performance Growth Summit 2021
  • Among Us Addition Worksheets
  • HOMESCHOOL – SUBTRACTION DAN FREE PRINTABLE WORKSHEETS
  • Giveaway Free Busy Book
  • Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa

Archives

  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • April 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Calendar

January 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
    Feb »

Follow My Instagram

_loveshak

Mom of two daughters @thehanalisa
Blogger
PAID Review only: loveshakmsia@gmail.com
#koktansukamasak

Diary of a Housewife
Lama tak hiking. Separuh mati rasanya 😂😂 Lama tak hiking. Separuh mati rasanya 😂😂
Dear Hazel, though it’s only been 4 days togethe Dear Hazel, though it’s only been 4 days together, you hold a world of significance for us and become incredibly meaningful to us. We will miss you everyday.
Penutup cuti sekolah. Bawak dorang pegi spa untuk Penutup cuti sekolah. Bawak dorang pegi spa untuk rileks2 skit. Pasni gi sekolah harap kurang stress, boleh masuk ilmu lebih banyak #alasan #bintulu
Chasing sunsets with the ones who make my world br Chasing sunsets with the ones who make my world brighter. 🌅❤️👨‍👩‍👧‍👧 #miri
Fratini’s Restaurant, Miri. Must try. Sangat san Fratini’s Restaurant, Miri. Must try. Sangat sangat not bad. Lasagna sedap. Pizza tidak jahat, guna keju sebenar. Rasa authentic. Pasta sedap. Bruschetta sedap. #miri #sarawak
Ntah bila la kali terakhir aku baking. Hana Lisa d Ntah bila la kali terakhir aku baking. Hana Lisa dah lama menuntut 🤣😂 So cuti sekolah ni kita bagi jadi la. Sekarang hutang aku tinggal buat cupcake plak 🤣😂 #koktansukamasak
Baju ni baru last year Hana pakai. Lisa dah tapau Baju ni baru last year Hana pakai. Lisa dah tapau walaupun beza umur 3 tahun dengan Hana 😂 selamat hari merdeka dari Lisa. Awai tak kaluit 😂
Himeji Central Park, drive thru safari. Oleh sebab Himeji Central Park, drive thru safari. Oleh sebab kami sampai osaka awal skit haritu, aku ajak Shakir ke sini. Memang lucky abis nasib kami haritu sebab waktu sampai, safari baru tutup seminit dua. Hana Lisa tengah tido kat belakang. Kami mintak simpati la cakap drive dari Osaka 70km, budak2 ni nak tengok binatang sampai dah tertido2 ha letih. So kami dapat masuk. And sebab tu lah cuma kete kami je pengunjung time tu 😂

Korang kalau pergi Osaka, sila lah sewa kereta dan datang ke safari ni. Ada drive thru safari, walking safari, petting zoo, dan jugak boleh naik kereta kabel. Aku pegi drive thru je hari tu sebab pergi pun last min punya plan. Next time insyaallah akan allocate 1 hari kat situ. #osaka #osakajapan #himejicentralpark
Breakfast with love. Memang rutin kami akan breakf Breakfast with love. Memang rutin kami akan breakfast sama2 dulu lepas hantar Hana Lisa pegi sekolah. Sekarang dah tambah port baru. Yang lagi best, ada kopi! Seawal jam 6:30 pagi! Alhamdulillah #bintulu #bintulusarawak
Alhamdulillah Hana dapat tempat ketiga hafazan Maj Alhamdulillah Hana dapat tempat ketiga hafazan Majlis Khatmil Al Quran anjuran Institut Tahfiz Bintulu 2023.
Aku healing sampai besok tak balik. Mana de 😂 K Aku healing sampai besok tak balik. Mana de 😂 Kul 11 dah kena balik sebab kul 12 Lisa balik sekolah dah pastu kena hantar makanan kat Hana sebelum dia KAFA 🤣🤣 #bintulu
Pertandingan Hafazan sempena majlis khatmil Quran Pertandingan Hafazan sempena majlis khatmil Quran Institut Tahfiz Bintulu 2023. Ada 3 soalan. Soalan terakhir adalah tajwid. Aku tak sempat ajar Hana tajwid. Kat sekolah pun baru ajar mad asli. So kami sama2 la hafal last minute time tengah tunggu giliran (Hana no 20). Alhamdulillah Hana ingat hukum tajwid apa tapi tak ingat nama penuh so dia sebut Hakiki instead of Ikhfak Hakiki 😂 

Apa2 pun tahniah Hana sebab tak putus asa. Walaupun memula dia nak givap je soalan no 3 sebab dia takde idea langsung pasal tajwid. Tapi aku cakap takpe, kita cuba ingat yang mudah dulu. Yang huruf sikit je. Macam Iqlab, Idgham Maal Ghunnah dengan Idgham Bila Ghunnah 😂 

Alhamdulillah Hana terpilih antara top 5 and akan menerima hadiah next week waktu hari penutupan majlis. Nombor sebenar cuma akan tahu next week.
Load More… Follow on Instagram

Stay Connected

Subscribe to get more simple learning activities and some free goodies

2023 The Adventures of Mommy Hana Lisa. All Rights Reserved. Design by SkyandStars.co
Back Top