• Home
  • Blog
  • Shop
    • Product
    • Cart
    • Checkout
  • Contact
  • My Account

The Adventures of Mommy Hana Lisa

The Ultimate Dream Job

You are here: Home / Blogging / Pengalaman pertama aku neuter kucing
Blogging

Pengalaman pertama aku neuter kucing

26th January 2024 Leave a Comment

Alhamdulillah, pada tanggal 22 Januari 2024, selepas membuat pertimbangan sedalam2nya (tapi sampai ke sudah aku tak conclude tapi aku cam ah mampus lah buat je dulu, nyesal kemudian), Kudo berjaya disunatkan. Kudochan sekarang adalah Kudosama. Kudo yunk dewlew bukarnlah Kudo yunk skrunk.

Sebelum tu aku dok pikir2 je nak sunatkan dia sebab aku tak tau berapa umur dia yang sebenarnya sebab kucing pungut kan. So aku takleh agak bila dia akan baligh. Pastu bila dia mengiau je aku mula la anxious sebab aku takut kalau mengiau tu bukan panggil aku tapi panggil awek nak ajak mengawan 😱 Risaunya kalau dia dah start cret sana sini.

Pastu aku jugak takut susah nak jaga lepas sunat tu sebab aku tak pernah ada pengalaman sunat kucing kan. Aku dok pikir nak tinggalkan kat klinik jugak untuk recovery lepas sunat (sehari dorang charge RM25) tapi aku sedih plak kalau time dia bukak mata, aku takde di sisi dia. Cuba ko bayangkan kalau ko lepas operation, insan tersayang takde di sisi ko. Mesti ko sedih kan? Hah tu la aku tak nak Kudo pikir camtu 🥲

Pikir punya pikir punya pikir, tiba2 aku dah set appointment dengan doktor and aku dah hantar dia seawal jam 8 pagi.

So ni adalah apa yang aku buat sebelum dan selepas neuter Kudosama.

Sebelum sunat, bagi dia makan kenyang dulu sebelum tido sebab dia kena puasa 8 jam sebelum operation. Kenapa kena puasa? Sebab takut time ditidurkan tu, kucing muntah and boleh mati sebab lemas dalam muntah. So aku bagi dia makan jam 9 malam pastu masuk sangkar. Kul 8 pagi dah hantar klinik. Kul berapa dia operate, wallahualam. Tapi aku sedih lah sebab selalunya jam 5 pagi dia akan kejut aku bangun tido pastu aku keluarkan dia dari sangkar and akan bagi dia makan + treat. Hari tu takde. Kesian dia ikut je aku gi mana2 dalam rumah. Nak2 plak aku tengah nak buat sarapan kat Hana Lisa. Dia dengar bunyi plastik time aku bukak fridge je, dia ingat untuk dia. I am sorry 😭

Kul 2:30 petang doktor cakap dah boleh ambik Kudo. Aku dah prepare potty pad siap2 untuk letak dalam carrier sebab aku baca pengalaman orang lain, kucing akan terkencing la time tido dibius tu sebab dia tak sedarkan diri kan. Aku beli yang dalam paket kecik, ada 5 pcs.

Pastu kucing akan lalok2 sebab bius. Nak jalan pun terketar2. Tengok memang kesian tapi dorang tak rasa apa pun sebab tengah khayal kan LOL. Tak boleh bagi makan lagi time ni sebab dorang tak larat nak telan pun lagi time tu (or maybe takleh nak kawal lagi pun tekak nak telan) so boleh bagi kucing tu rehat je dalam carrier.

5-6 jam selepas kucing bukak mata, baru boleh bagi makan sikit-sikit. Bagi kerap, tapi sikit2 sebab dorang lapar tapi tak nak perut terkejut kang tercekik ke apa. Malam tu Kudo makan 3x la dari jam 7 malam sampai jam 12 malam dia makan lagi, lapar.

Btw, aku jugak pakaikan kolar untuk Kudo supaya dia tak jilat luka dia. Lidah kucing ni kasar, boleh tertetas jahitan kalau dorang jilat2 luka tu. Kalau korang nak beli macam yang Kudo pakai, boleh search je kat Shopee: Elizabethan collar. Aku tak bagi pakai jenis cone plastik sebab tak selesa. Aku beli kat sini: https://shope.ee/LONTV2Bn6 and saiz M untuk Kudo yang berat 4kg.

23 Januari, hari kedua sunat, Kudo dah boleh berjalan sedikit kengkang macam budak2 lepas khatan. Alhamdulillah. Cuma aku kurung dia dalam sangkar jugak sebab dia tak boleh terlalu aktif takut jahitan terbuka. Tak boleh bagi dia hepi bermain jugak sebab bila darah dia pumping teruk sebab excited, lato2 dia boleh mengembang and affect luka dia jugak. Memang bagi dia rehat je dalam sangkar.

Lagi satu, kalau korang jenis pakai pasir, tukar kepada cat tofu or any other kind lah yang tak akan irritate luka bedah dia. Pasir tu kan berdebu. Macam aku, memang selama ni guna cat tofu, so aku tak perlu tukar apa2.

Kena pantau kencing dan berak. Kencing perlu dalam masa 24 jam. Berak dalam masa 72 jam. Kalau 72 jam tak berak jugak, bawak pegi vet.

Makanan, aku bagi dia makan Royal Canin Sterilised in Gravy memula. Tapi korang bagi je la makan makanan biasa kucing korang makan kalau takut kucing korang cirit birit ke apa plak. Kudo okay je so 2-3 hari tu aku bagi dia ngadap ni je la.

Hari ketiga sunat dah panjat2 dah. Ni atas katil double decker.

24 Januari, hari ketiga selepas sunat, dah jadi monyet. Tapi aku biar je dia birah sorang2 melompat sana sini. Aku tak bagi Hana Lisa agah2 dia pun. Semorang ignore dia biar dia main sorang2 je.

25 Januari, hari keempat sunat. Dah hidup sebati dengan kolar dia 🤣 Dah hidup macam biasa, tapi dengan kolar dia di mana2. Kelakar siot. Kolar tu dah jadi bantal dia untuk dia tido di mana2 🤣

Hari keempat sunat. Hati ada banyak senang 😂

26 Januari, hari kelima sunat, aku dah remove collar dia. Dia merdeka. Alhamdulillah.

Aku sebenarnya tak pernah pikir nak bela kucing jantan sebab aku fikir kalau kucing jantan, akan kuat memancut. So aku nak kucing betina. In fact, sebelum ni nama Kudo adalah Princess Sparkle sebab kami ingat dia betina! Tapi Allah itu Maha Mengetahui. Allah bagi aku kucing jantan. Mujurlah jantan sebab neuter ni kurang invasive berbanding spay. Kucing betina, kena spay and akan ambik masa lebih panjang untuk sembuh. Seminggu. Aku dengan PJJ ni, semua handle sorang2, syukur sangat sebab kena jaga kucing jantan yang cuma 3 hari untuk sembuh selepas neuter.

Btw, kalau korang tak nak kucing jantan korang memancut walaupun selepas neuter, sunatlah dia sebelum dia start memancut lagi. Once dah dewasa, dah jadi habit, walaupun selepas neuter dia tetap akan cret dan kencing macam kucing takde adab tak pegi sekolah.

Last but not least, sunatlah kucing anda jika anda tidak berkehendak untuk memenuhi kehendak batin mereka sebab kucing akan on heat nak mengawan setiap 2-3 minggu ye. Selain dari meningkatkan life span kucing kita 3-5 tahun lebih panjang, di bawah ni adalah kebaikan neuter dan spaying.

Previous:
Amukan Puaka Kudosama

You might also enjoy

Interview: BERNAMA Radio
Free Printable: Reward Charts for Kids
Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me
  • photo_2019-12-01_13-49-33
    Lisa
  • photo_2019-11-30_23-17-05
    Hana

Categories

  • Blogging
  • D.I.Y
  • Food & Recipes
  • Free Printables
  • Gardening
  • Homeschool and Activities
  • Interactive Games
  • Mompreneur
  • Parenting & Motherhood
  • Review
  • Thoughts & Opinions
  • Travel

Recent Comments

  • Mommy Intan on Giveaway Free Busy Book
  • Zarliyana on Giveaway Free Busy Book
  • Mommy Intan on Cara-cara Menanam Taugeh Gemuk di Rumah
  • Mommy Intan on Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa
  • Mommy Intan on Bercucuk Tanam di Rumah for Beginners

Recent Posts

  • Pengalaman pertama aku neuter kucing
  • Amukan Puaka Kudosama
  • Dah nak cuti sekolah yay!
  • Goodbye 2023
  • What’s Next In Digital Marketing? Find Out In ACCESSTRADE Malaysia’s Performance Growth Summit 2021

Archives

  • January 2024
  • December 2023
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • April 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Calendar

January 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Dec    

Follow My Instagram

_loveshak

I write my diary on my Instagram story
I preyed for my husbank
#koktansukamasak

Diary of a Housewife
At this point, you are either pro-humanity or pro- At this point, you are either pro-humanity or pro-genocide. THERE IS NO IN BETWEEN. Which one are you???
At this point, you are either pro-humanity or pro- At this point, you are either pro-humanity or pro-genocide, there is no in-between. Which one are you??
Senamkucing bersama Kudosama #bintulu Senamkucing bersama Kudosama #bintulu
Selamat hari raya dari Kudo sama untuk anda walaup Selamat hari raya dari Kudo sama untuk anda walaupun sekali je pernah puasa (time nak sunat) #Bintulu
Korang yang dah lama follow aku mesti tahu Lisa ad Korang yang dah lama follow aku mesti tahu Lisa ada asma kan? Hidung dia pun sensitif and cepat irritate. So kalau tempat berhabuk ke, bulu2 kudo tu berterbangan ke, ha mula la bersin2, berair, selsema dan kalau lagi teruk, dia akan mula batuk2. 

Dr pun suggest untuk guna nasal spray. So kitorang ada guna ClariCare ni. ClariCare ni 100% natural sea water dan takde sebarang dadah ke steroid ke dan juga takde pengawet. Memang sesuai lah nak guna secara harian. Dewasa boleh guna, kanak2 seawal 2 minggu pun boleh guna. Cara guna dia mudah je. Spray 1-2 saat dalam setiap lubang hidung 1-2 kali sehari. Ada dalam saiz 20ml dan 100ml. Saiz 20ml tu boleh letak dalam handbag, mudah dibawa ke mana2. 

For more information, visit @claricare.malaysia 

#ClariCare
#ClariCaresAboutYou
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1445H, Minal Aidzin W Selamat Hari Raya Idul Fitri 1445H, Minal Aidzin Wal Faidzin, Mohon Maaf Lahir Dan Batin. Berhati2 di jalan raya ketika beraya. Tak perlulah bergocoh di tengah jalan, cucuk mencucuk, gesel menggesel, berguling2. Berhati2 di jalan raya, biar lambat asal selamat. Makan berpada2 juga sambil jaga kesihatan. Sekian terima kasih.
Happy birthday to the girl who adds so much beauty Happy birthday to the girl who adds so much beauty and warmth to our lives, Khalisa Sophia. Dah umur 6 tahun dia. As our second daughter, you have a special place in our hearts, filled with endless love. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan, berakhlak mulia, bijak pandai dan segala2nya yang terbaik. Amin…
Happy birthday Hana Sofia yang ke 9 tahun. Semoga Happy birthday Hana Sofia yang ke 9 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah, kuat semangat, baik hati, bertanggungjawab, mendengar kata ibu bapa, dan sentiasa cemerlang dalam segala bidang yang diceburi. Semoga Allah berikan kesihatan yang berpanjangan dan murah rezeki selalu. Semoga sentiasa cerdas akal, terang hati dan cerah masa depan. Amin…
Trying my new noodle maker 😍😍 Trying my new noodle maker 😍😍
Memandangkan dorang nak sangat masak sarapan sendi Memandangkan dorang nak sangat masak sarapan sendiri, kita bagi dorang buat sup celup2. Aku buat sup ayam basic je sebagai kuah lepas dorang celur bahan2 lain.
Dah lama nak datang sini actually. Dah lebih 3 tah Dah lama nak datang sini actually. Dah lebih 3 tahun nak datang, tak datang2. Hari ni baru ada jodoh. Looking forward to visit again. Aku harap semua library lain boleh la jadikan library ni sebagai sumber inspirasi untuk menarik kanak2 melepak di pusat sumber ni. Kata nak memupuk semangat kanak2 suka membaca ye dak?
Terjodoh pulak dengan kedai buku di hotel sebelah. Terjodoh pulak dengan kedai buku di hotel sebelah. So nice. Nanti nak datang mengopi kat sini sambil me time.
Load More… Follow on Instagram

Stay Connected

Subscribe to get more simple learning activities and some free goodies

2025 The Adventures of Mommy Hana Lisa. All Rights Reserved. Design by SkyandStars.co
Back Top