Salam semua makcik dan pakcik bawang sekalian!
Seperti mana yang aku janjikan, ni cara-cara untuk mendapatkan taugeh yang gemuk seperti yang dijual di kedai. Sorry la lambat post entry baru sebab malas edit gambar, nak watermark lagi. Hmmmmmm….
Tanpa melengahkan masa, ya inilah cara-caranya!
Pertama: Rendam bijik kacang hijau semalaman.
Ini adalah hasil kacang hijau yang aku rendam almost 24 jam. Dah nampak ada akar yang keluar.
Kedua: Buang biji kacang hijau yang dah mati.
Macam mana nak tau dah mati? Dia tak keluar akar macam dalam gambar di atas. Belek la satu2. Kadang dia terbelah dua. Tu semua dah mati la. Jangan semai sekali dengan yang elok sebab nanti mayat taugeh tu bagi taugeh2 yang lain berkulat. Buang yang keruh, ambil yang jernih sahaja k. Satu cara untuk memastikan tak banyak biji kacang hijau yang mati, JANGAN sesekali beli kacang hijau yang dalam bungkusan yang telah divakum. Beli yang dalam plastik jenis loose or lagi elok style cedok timbang tu.
Ketiga: Sediakan bahan-bahan seperti di bawah.
Ya, aku guna kain lampin Hana Lisa yang ntah berapa kurun tak pakai. Kenapa aku pakai kain ni? Untuk bagi ada aliran udara mengalir, bijik2 kacang tu boleh bernafas. Pastu aku guna strainer sebab senang aku nak siram bijik kacang hijau tu, air lalu terus tembus ke bawah.
Keempat: Tindih kacang hijau tersebut dengan benda berat.
Kenapa? Untuk bagi taugeh gemuk. Ada orang letak batu ye atas bijik benih ni. Aku tak tau la camne dia hidup, tapi memang jadi gemuk la. Maybe dia tumbuh memanjang ke bawah kot. Well aku, aku guna kain lampin tu untuk bagi berat tindih kacang hijau tu (bila kain lembab kan berat). Kalau korang tak tindih, taugeh yang tumbuh akan jadi kurus kering macam lidi. Tak menggairahkan langsung ye dak.
Kelima: Siram 2 kali sehari.
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara aku siram pokok taugeh aku setiap pagi dan malam. Aku siram 2x sehari bagi air lalu mencurah2 macam hujan keluar dari strainer.
Keenam: Tutup kacang hijau tu dan jangan bagi kena matahari.
As you gals and guys can see, aku bungkus pakai kain lampin tu. Satu, bagi berat. Dua, untuk tutup kacang dari cahaya matahari BUT at the same time, kacang hijau tu masih boleh bernafas. Kalau kena matahari, nanti tumbuh daun plak. Hang nak makan taugeh, bukan nak makan pokok kacang hijau kan wkwkwkkw!
So aku simpan bekas aku tanam taugeh ni kat dalam kitchen cabinet aku, bawah sink. Korang boleh je jugak letak dalam bilik bawah katil ye. Takde masalah. Asalkan tempat gelap.
Gambar di atas adalah gambar pokok taugeh wannabe aku yang berusia 2 hari. Akar dia makin panjang.
Setiap hari aku ulang lah rutin yang sama. Siram air dua kali sehari, pastu simpan tempat gelap. Aku bukak jugak kain lampin tu sekali sekala untuk tengok progress. Gamak dah 4 hari tu boleh check dah dah cukup panjang ke belum nak tuai.
Ya lihatlah betapa mantapnya taugeh yang aku tanam ni. Lebih segar dan crunchy! Selamat mencuba!
Amyz! says
Sedapnya aku tengok togeh camni. Rangup2 makan. Taruk gitu je masa makan mihun sup. Oiii sedap. Lapar pulak aku. Nak gi cari makan lah!
Mommy Intan says
Ingatkan nak ckp nak pi tanam taugeh! taguna!!!
Dzuha Ghanim says
Hehe yeay nk try tanam arinih. Moga menjadi 🤣
Mommy Intan says
jgn pegang dorg lepas dah siram2 tu ye nanti semua berkulat sbb tercemar dgn tangan kita wkkwkwkkw
Mommy Intan says
Hi, yes sure you may do that. Thanks!
shimah says
kacang tu dah tutup dgn lampin, lepas tu dia tumbuh melepasi lampin kan?
Mommy Intan says
Dia tumbuh bawah lampin…
Siti aminah says
Yeayy… taugeh dah jadi,
.siap dimakan….
Sy suka taugeh yg berumur 2hari.. pendek tak,panjang pon tak…. terima kasih tips nya…. dah tak beli lagi taugeh kat kedai lepas ni🤭
Mommy Intan says
Hahahahha tanam bila nak guna je la hari2 jadi petani tu memang idok la.. malas haha