• Home
  • Blog
  • Shop
    • Product
    • Cart
    • Checkout
  • Contact
  • My Account

The Adventures of Mommy Hana Lisa

The Ultimate Dream Job

You are here: Home / Blogging / Review: Tupperware Smooth Chopper
Blogging, Review, Thoughts & Opinions

Review: Tupperware Smooth Chopper

22nd January 2020 Comments : 5

Salam semua!

Aku nak kongsi kat korang benda lama tapi aku baru discover LOL! Review ini adalah review seikhlas hati tanpa bayaran dan tak menguntungkan aku sebab aku juga bukanlah ejen Tupperware wkwkkw!

Setiap kali aku memasak, part aku kena cincang garlic je aku jadi sebel, kenapalah aku takde garlic press. Selalunya aku akan grind sekali bawang putih dengan bawang merah dalam food processor tapi kalau nak pakai bawang putih sahaja, macam mana nak letak 3-4 ulas je dalam food processor? Berbulan jugak la sebenarnya aku dok bermonolog setiap kali aku cincang garlic kat dapur wkwkwk.

Tiba2 aku diberi hidayah untuk google chopper brand Tupperware kalau2 ada yang menarik, since aku ada beli Tupperware Mando Chef dua tahun lepas and ianya adalah sangat superb.

Google punya google, aku mendapati ada 3 jenis chopper dari Tupperware tapi 2 ni je menarik perhatian aku. Tupperware Smooth Chopper dengan Turbo Chopper.

Turbo Chopper menarik, tapi bila aku pikir2, aku tak boleh nak hancurkan lebih banyak bawang. Kalau aku nak hancurkan bawang besar dengan garlic, aku maybe kena buat 2 session. So aku ambik keputusan untuk beli Tupperware Smooth Chopper.

Aku beli Smooth Chopper ni dengan harga cuma RM120. Aku tak tau la ejen lain jual berapa ye. Ye, beli kat Mr DIY murah. Ramai mesej aku cakap benda ni. Tapi puan2, barang mahal dengan barang murah tak sama ye. Jarang sangat kualiti barang murah dapat menandingi barang mahal. Bagi yang mementingkan kualiti blade, nak blade yang sangat tajam, tak nak penat tangan tarik tali untuk putar blade macam enjin bot yang tak hidup2, boleh beli Tupperware Smooth Chopper ni.

Kenapa aku rasa pembelian aku ni berbaloi?

Gambar di atas adalah perbandingan antara food processor yang aku guna selama ni dengan Smooth Chopper.

Mudah cedok bahan2 yang dikisar.

Seperti mana yang korang tengok, ada ruang letak blade kat tengah2 food processor aku tu di mana setiap kali aku nak cedok bahan2 yang aku grind, aku kena belok sana belok sini dan banyak tersisa dalam bekas tu. Manakala kalau korang tengok Smooth Chopper, bekas dia almost flat. Senang aku nak guna spatula untuk tuang terus bahan2 yang aku hancurkan terus ke dalam kuali/periuk.

Mudah cuci.

Ini juga berkait rapat dengan design bekas dia. Aku perlu belok tangan aku sana sini time cuci food processor. Bawah bekas food processor aku tu pun tricky. Nak kena cuci celah2 bulatan tengah tu, cuci celah2 bulatan bawah base. Tapi dengan Smooth Chopper, aku boleh cuci macam cuci mug je. Senang banget!

Blade tajam gila.

Blade Smooth Chopper (and aku yakin semua barang Tupperware yang ada blade) adalah sangat tajam! Depan belakang blade dia tajam. Tajam seperti Tupperware Mando Chef, yang mana blade dia sangatlah tajam sampai aku berani pakai 3x je selepas 2 tahun beli sebab aku takut termakan jari aku LOL! Smooth Chopper ni juga ada blade guard. So lepas pakai, pasang guard tu semula and simpan.

Menyenangkan kerja aku untuk grind bahan-bahan ringkas.

Ya, aku rasa kerja aku lebih mudah sekarang. Setakat benda2 basic je nak grind gitu2 je, tak perlu aku nak susah payah kepenatan untuk bawak keluar food processor dari kitchen cabinet, ubah apa2 yang atas kitchen counter nak letak food processor tu, pastu kena pasang plug, grind, pastu nak kena cuci plak. Dengan Smooth Chopper, aku cuma perlu masukkan je benda2 aku nak kisar dalam bekas, letak blade, tutup, tarik ikut takat mana kehalusan benda2 yang aku kisar tu.

Jimat space.

Ya, jimat space kat dapur noks. Food processor yang banyak parts tu boleh simpan je dalam kabinet. Letak Smooth Chopper ni je kat rak untuk mudah capai bebila masa saja nak pakai. Seketul dia tu je LOL!

Ni adalah antara benda2 yang aku masak selepas menggunakan Smooth Chopper.

Laksa:
Waffle:

Nasi goreng ikan bilis, sup ayam pun. Garlic tu aku grind je sekali dengan ikan bilis and cili padi. Terbaik wei!!! Tapi aku takde gambar sebab masa tu tak terpikir plak nak tulis review. Huhu!

Setakat ni saja review dari aku. Bagi ejen-ejen Tupperware yang jual benda ni, bolehlah tinggalkan details anda di ruangan komen post ni. Manalah tahu ada rezeki korang kat sini.

Terima kasih, semoga bermanfaat!

Previous:
Cara-cara Menanam Taugeh Gemuk di Rumah
Next:
Resepi: Mi Hailan Lisa

You might also enjoy

Happy New Year 2021
Aktiviti untuk bayi berusia 4 – 5 bulan
How: Toy Room a.k.a Study Room Hana Lisa dikemas

Comments

  1. Amyz says

    22nd January 2020 at 2:19 am

    Aku terus rasa nak jadi agent Tupperware dan iklan kat blog ko hari2. Kah kah

    Reply
    • Mommy Intan says

      24th January 2020 at 12:45 pm

      wkwkwkkw

      Reply
    • Amirah says

      6th February 2020 at 5:52 pm

      Hi. Terjumpa post ni bila baca posting home school. Saya pun agent tupperware juga. And I’m using turbo chopper myself dan sangat amazed dengan bantuan yang diberikan olehnya dalam urusan meal prep setiap hari. Berbaloi gila rasa beli. Kalau korang nak cuba juga boleh whatsapp saya http://www.wasap.my/60106550374 Atau visit ig instagram.com/tupperwarebynh

      Reply
  2. Miera Zan says

    22nd January 2020 at 6:28 am

    Hyee.. Saya ada jual turbo chopper dan lain2 product brand Tupperware .. Bleh wsap saya 0139448278.. Sy bg harga kasih sayang.. Huhuhu

    Reply
    • Mommy Intan says

      24th January 2020 at 12:45 pm

      semoga murah rezeki

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me
  • photo_2019-12-01_13-49-33
    Lisa
  • photo_2019-11-30_23-17-05
    Hana

Categories

  • Blogging
  • D.I.Y
  • Food & Recipes
  • Free Printables
  • Gardening
  • Homeschool and Activities
  • Interactive Games
  • Mompreneur
  • Parenting & Motherhood
  • Review
  • Thoughts & Opinions
  • Travel

Recent Comments

  • Mommy Intan on Cara-cara Menanam Taugeh Gemuk di Rumah
  • shimah on Cara-cara Menanam Taugeh Gemuk di Rumah
  • Dzuha Ghanim on Bercucuk Tanam di Rumah for Beginners
  • Mommy Intan on Bercucuk Tanam di Rumah for Beginners
  • Nhazwany on Bercucuk Tanam di Rumah for Beginners

Recent Posts

  • FREE PRINTABLE: Colour Sorting
  • Happy New Year 2021
  • Interactive Games: Padankan Gambar dengan Perkataan yang Betul
  • Interactive Games: My Preschool Science (Smell)
  • Bercucuk Tanam di Rumah for Beginners

Archives

  • January 2021
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 11
  • Page views today : 11
  • Total page view: 16,399

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Calendar

January 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
    Feb »

Follow My Instagram

_loveshak

Mom of two daughters @_hana.sophia
Frequent ✈️
Blogger
Kdrama FTW!!
💕giveaway
Gift/Paid review: [email protected]
#koktansukamasak

The Adventures of Mommy Intan
Hari Sabtu, adalah hari Lisa dapat join Hana ke ke Hari Sabtu, adalah hari Lisa dapat join Hana ke kelas and berada dalam satu kelas yang sama. Tapi Lisa sedikit sedih la sebab dia cakap “But i dont have bear tshirt”. Ok la tu, sorang takde apron, sorang lagi takde tshirt tapi dua2 ada logo sekolah. Adil dan saksama okek.
Entry Hana pada hari ini. Dah 3 hari dah dia bagit Entry Hana pada hari ini. Dah 3 hari dah dia bagitau dia nampak Farell duduk atas bangku tak tegur dia 😂 #semuaorangperlutahu
New year, new school. Hana cakap “I am different New year, new school. Hana cakap “I am different now. I am closer to Allah.” Baiklah Hana. Baiklah. Jangan perasan holier than thou sudahlah nanti 🤣 selamat belajar di tempat baru. Tahun ni ada exam kemasukan tahun 1. Pulun Hana pulun!
‼️Giveaway time‼️ Aku akan emailkan works ‼️Giveaway time‼️

Aku akan emailkan worksheet camni pada korang yang join together dengan bonus material (rahciew). 

Cara2 nak join:

-Share post ni di ig story korang. 
-Screenshot bukti dah post di ig story korang and hantar screenshot tu ke DM aku
-Bagi email address korang kat DM jugak
-Komen done kat post ni

Email akan dihantar pada hari Selasa next week so harap bersabar ye. Giveaway ni tamat pada hari Isnin 11 Januari 2021 jam 12malam. Tq!!
Hana’s first entry 😂 #kidsjournal Hana’s first entry 😂 #kidsjournal
Serangan dinosaur renek di Bintulu, Sarawak. Serangan dinosaur renek di Bintulu, Sarawak.
New bae in the house! Salah satu skincare product New bae in the house! Salah satu skincare product Filorga terbaru dalam penjagaan kulit muka aku! 

OPTIM EYES CONTOUR CREAM. Reduce wrinkles and dark circle, lift eyelids, boost lashes. So maksudnya memang pakai di sekeliling rim mata. 

Get 15% off with this link https://bit.ly/378b9ay

@filorga_sea #FilorgaMY #FilorgaMalaysia #Anti-Aging #Skincare
Selamat pagi!!! Baru bangun dari tido, terus semua Selamat pagi!!! Baru bangun dari tido, terus semua nak ikut daddy beli sarapan. Daddy sorang je dah mandi so lain2 tunggu dalam kete la yerp 🤣🤣🤣
Alhamdulillah Bintulu masih selamat. Merabihkan cu Alhamdulillah Bintulu masih selamat. Merabihkan cuti tahun baru dan wang ringgit dengan family terchenta.
Happy anniversary! Yang ke 8 tahun. Sekejap je 8 t Happy anniversary! Yang ke 8 tahun. Sekejap je 8 tahun kan. Nak2 bila pelupa ni. Memang tak kira. Sekali kira je nahhh dah 8 tahun rupa2nya mengadap muka yang sama wkkwwk! Kalau mak aku tak tag aku kat IG memang aku tak ingat 🥲 Lepas mak aku tag je, lelaju aku pegi Parkson beli hadiah pastu book dinner siap memandai order makanan jugak untuk semua. Semuanya sedap!!! Hopefully next week boleh sambut anniversary kat situ lagi demi makanan yang enak kahkahkah! Aku takde ucapan la nak ucap apa. Benda panjang sangat nak tulis. Dah aku busy ni busy. Bye
Hahahha first time join virtual run. Amatur gile s Hahahha first time join virtual run. Amatur gile sebab mampu lari 10KM je bahahhaha! Best jugak sebab boleh lari bebas di mana saja dan bila2 masa. Pasni aku join lagi la and nak aim 25KM plak. Aku pakai apps JomRun 🥰
Dekat 4 bulan tak bercuti, Hana dah ajak main hote Dekat 4 bulan tak bercuti, Hana dah ajak main hotel tipu2. Kesian... So aku mesej shakir bgtau nak staycation, kesian kat Hana Lisa. Kebetulan semalam pun memang dah hari last Hana sekolah. So dah takyah bangun awal pagi wohoo! 

Shakir onz je dengan plan aku, aku terus book hotel. Dapat lah dorang one day pass: unlimited food and junk food, playing time and boleh tido lewat. Pendek kata Hana main Switch sampai dia sendiri dah mengantuk tak leh blah, cakap nak tido 🤣
Load More… Follow on Instagram

Stay Connected

Subscribe to get more simple learning activities and some free goodies

2021 The Adventures of Mommy Hana Lisa. All Rights Reserved. Design by SkyandStars.co
Back Top