• Home
  • Blog
  • Shop
    • Product
    • Cart
    • Checkout
  • Contact
  • My Account

The Adventures of Mommy Hana Lisa

The Ultimate Dream Job

You are here: Home / Blogging / Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa
Blogging, Parenting & Motherhood, Thoughts & Opinions

Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa

8th June 2021 Comments : 2

Share
Share on Facebook
Share
Share this
Pin
Pin this
Share
Share on LinkedIn

Walaupun Lisa lahir pada 29hb Mac, sesungguhnya cuma pada malam 12 April aku baru berjaya menyusukan dia secara betul. Sebelum tu macam2 cara aku buat sampai luka and trauma sebab teknik latching yang tak betul. Berat badan Lisa tak naik. Kuning tak nampak tanda nak hilang walaupun dah umur seminggu. Panggil 2 orang pengawas nenen KKM datang rumah ajar latch tapi tetap tak berjaya. Balik-balik dorg suruh dekatkan badan baby pada kita, pastu sua nipple. Cara masuk macam mana, tak tau nak ajar. Cara pegang baby time menyusu pun nak kena ikut cara diorang padahal aku tak selesa macam tu. Tapi apa2 pun aku tetap berterima kasih pada dorang sebab sudi datang dan cuba ajar.

Sepanjang tempoh aku tak tau menyusu direct tu, aku tak bagi susu yang aku pam melalui botol sebab takut dia confuse dengan nipple so aku guna cawan and syringe. Tapi still tak cukup lah sebab bukan semua masuk perut dia pun. Ada yang tumpah mengalir keluar meleleh tepi mulut. Last2 aku nekad jugak pam pastu curi-curi suap Lisa dengan botol (curi2 suap dengan botol sebab takut Shakir judge aku padahal dia tak peduli pun macam mana anak dia makan as long as makan). Time tu aku pikir, as long as kuning dia hilang, aku redha je lah kalau dia confuse pun nanti. Kesihatan dia lebih penting dari prinsip aku. Alhamdulillah, kuning Lisa turun dengan drastik lepas tu sebab dia dah start kencing dan berak sebab dah cukup makan minum.


Alhamdulillah jugak just at the time aku dah nekad nak exclusive pumping (pam dan bg lisa minum melalui botol semata2), @hudaluna call aku bagi kata2 semangat memandangkan dia pernah melalui pengalaman yang sama macam aku. Dia tanya aku betul ke aku nak pam sampai 2 tahun. Sanggup ke aku pam tiap2 dua jam. Pikir punya pikir, aku nekad nak try direct jugak. Alhamdulillah jugak malam 12hb tu Allah temukan aku dengan satu video youtube yang sangat berguna and lepas aku tengok je, aku terus tau nak buat camne. Selama ni setiap kali aku tengok video teknik menyusu kat Youtube, semua tak berguna untuk aku. Dah la guna patung. Puik!


Punca utama kenapa aku nak beranak normal ialah sebab aku ingatkan csect punca aku tak berjaya BF Hana. Yelah, dengan sakit luka lagi, nak letak baby atas perut pun rasa tak selesa. Nak mengiring baring pun siksa. So bila dah berjaya normal pun aku still tak mampu nak BF Lisa, aku break down and rasa nak meroyan sebab rasa useless gila. Syukurlah aku ada suami yang sangat membantu bagi semangat pada aku. Banyak kali dia pujuk aku, ingatkan aku yang dia tak kisah semua tu direct or melalui botol. Pam or formula. Dia cuma nak aku pantang dengan aman damai, anak cukup makan minum. Duit untuk beli susu formula bukan masalah. Banyak kali dia ingatkan aku pasal tu. Malam2 aku pam susu setiap dua jam, dia teman. Belikan stock makanan letak kat bilik. Tolong simpankan susu yang aku dah pam dalam peti ais. Keluarkan susu dari peti ais, reheat and bagi Lisa minum. Bila aku dah berjaya direct feed Lisa pun, Shakir lah tukang susun bantal banyak2 belakang aku supaya aku boleh menyusu dengan selesa. Kadang shakir jugak lah yang jadi dinding aku bersandar sambil susukan Lisa.

Gambar ni adalah pada hari kedua aku berjaya direct feed Lisa. Susu siap mengalir lagi keluar dari mulut sambil dia tertido kekenyangan. Tu lah agaknya hari kedua jugak dia betul2 kenyang makan minum. Selama ni tak cukup makan minum. Sedih sangat bila pikir kenapa lah bodoh sangat aku tak nak bagi melalui botol je dari awal. Takut sangat anak nipple confuse padahal tengah demam kuning. Bagi korang yang anak dah nipple confused, jangan putus asa sebab aku baca, selagi belum umur 6 bln, masih boleh reset and bagi dia direct feeding.

Happy breastfeeding week pada para ibu yang berjaya menyusukan anak dengan susu badan (tak kira la direct atau pam).

Pada yang tak berjaya menyusukan anak dan bagi formula milk, percayalah bahawa you are no less than a mother yang bagi susu badan. Apa yang penting adalah cara didikan dalam membesarkan anak sehingga menjadi insan yang berguna. Hana tu sebulan je susu badan. Pastu formula milk sampai sekarang. Elok je cerdik takde masalah pun. So jgn sedih2 k. Sekurang2nya kita dah cuba yang terbaik 🙂

UPDATE:

Video youtube ni yang tolong aku. Dari minit 3:15 sampai ke minit 3:27 yang membantu aku. Tapi korang boleh lah tengok the whole video dulu ye pastu baru try

Memandangkan time tu aku pikir bukan aku je yang tak reti, tapi Lisa pun tak reti, so by the time mulut dia nganga je aku guide Lisa dengan tolak kepala and mulut dia ke arah nipple supaya dia terus dapat ngap as much as she can. Nampak macam kasar skit tapi tu yang the best way pun untuk aku dapat tally saat dia bukak mulut luas and ngap. Kadang first try dah dapat. Kadang kena try berkali-kali. Kalau tak betul, ulang balik sampai betul, baru biarkan dia hisap. Confinement lady aku jadi saksi aku struggle ajar Lisa. Siap aku cakap-cakap dgn Lisa “You have to help me to help you. Let’s do this together okay..” 🤣


Masa memula dia ngap tu memang akan sakit skit. Omputih cakap toe curling pain sebab sakit dia tu sampai jari kaki kita mengerekot menahan 😂 Tapi sakit tu kejap je. Maybe a few seconds up till 30 seconds camtu pastu hilang. Cuma masalahnya setiap kali nak suap je memang berdebar la sebab tau akan sakit punya masa first ngap 😂. Sakit first ngap tu tak lama. Sebulan insyaallah hilang (ni yang aku alami and also dalam forum2 pun cakap yang sama). Time ni aku pikir haruslah aku takyah berangan lagi la nak menyusu sambil mengiring ke apa sebab aku pikir Lisa masih amatur, aku pun sama. So tunggu masing2 dah berpengalaman. Sementara tu just menyusukan Lisa secara duduk sambil disokong bantal keliling badan. Sekarang ni Lisa dah terer, dah takyah guide dia dah. Hulur lah macam mana pun, dia akan pepandai adjust sampai dia dapat isap selesa. Mengiring ke kuak lentang ke, takde masalah. Sakit masa first ngap tu pun memang dah lama tak rasa.
Untuk masalah crack nipple pulak, ni yang the best aku pernah pakai. Medela Tender Care Lanolin. THIS ONE ONLY! Dekat kedai selalunya tak jual, diorang jual jenis lain, yang Purelan tapi tu lambat skit efek dia. Boleh beli kat Lazada or shopee…search je nama dia. Tengok kedai paling tinggi rating sebelum beli.

Hopefully video tu dapat tolong korang yang masih tak putus asa nak mencuba. Semua ni aku share berdasarkan pengalaman aku, tak niat pun nak jadi pegawas nenen or tunjuk pandai. Aku cuma share. Kalau sesuai dengan korang, sesuai lah. Kalau tak sesuai, cari lah cara lain. Lain orang lain lah caranya. Takde satu cara yang betul pun yang boleh kita apply pada semua orang😊

Share
Share on Facebook
Share
Share this
Pin
Pin this
Share
Share on LinkedIn

Previous:
Raising DuitSmart Kids in a Digital Age
Next:
Giveaway Free Busy Book

You might also enjoy

Homeschool: Subtraction (FREE Printable Worksheets)
Interview: BERNAMA Radio
Amukan Puaka Kudosama

Comments

  1. Yana says

    9th July 2021 at 12:41 pm

    Kenapa lah baru hari ni aku baca ..aku pn struggle nk susukan baby, now officially ep mom hmm 😔

    Reply
    • Mommy Intan says

      21st July 2021 at 6:51 am

      Takde rezeki tu 🙁 Tapi takpe, jangan down. Byk lg benda lain nak kena hadap pasni haha

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me
  • photo_2019-12-01_13-49-33
    Lisa
  • photo_2019-11-30_23-17-05
    Hana
1
2

Categories

  • Blogging
  • D.I.Y
  • Food & Recipes
  • Free Printables
  • Gardening
  • Homeschool and Activities
  • Interactive Games
  • Mompreneur
  • Parenting & Motherhood
  • Review
  • Thoughts & Opinions
  • Travel

Recent Comments

  • Mommy Intan on Giveaway Free Busy Book
  • Zarliyana on Giveaway Free Busy Book
  • Mommy Intan on Cara-cara Menanam Taugeh Gemuk di Rumah
  • Mommy Intan on Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa
  • Mommy Intan on Bercucuk Tanam di Rumah for Beginners

Recent Posts

  • Pengalaman pertama aku neuter kucing
  • Amukan Puaka Kudosama
  • Dah nak cuti sekolah yay!
  • Goodbye 2023
  • What’s Next In Digital Marketing? Find Out In ACCESSTRADE Malaysia’s Performance Growth Summit 2021

Archives

  • January 2024
  • December 2023
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • April 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Calendar

June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Apr   Jul »

Follow My Instagram

_loveshak

I write my diary on my Instagram story
I preyed for my husbank
#koktansukamasak

Diary of a Housewife
At this point, you are either pro-humanity or pro- At this point, you are either pro-humanity or pro-genocide. THERE IS NO IN BETWEEN. Which one are you???
At this point, you are either pro-humanity or pro- At this point, you are either pro-humanity or pro-genocide, there is no in-between. Which one are you??
Senamkucing bersama Kudosama #bintulu Senamkucing bersama Kudosama #bintulu
Selamat hari raya dari Kudo sama untuk anda walaup Selamat hari raya dari Kudo sama untuk anda walaupun sekali je pernah puasa (time nak sunat) #Bintulu
Korang yang dah lama follow aku mesti tahu Lisa ad Korang yang dah lama follow aku mesti tahu Lisa ada asma kan? Hidung dia pun sensitif and cepat irritate. So kalau tempat berhabuk ke, bulu2 kudo tu berterbangan ke, ha mula la bersin2, berair, selsema dan kalau lagi teruk, dia akan mula batuk2. 

Dr pun suggest untuk guna nasal spray. So kitorang ada guna ClariCare ni. ClariCare ni 100% natural sea water dan takde sebarang dadah ke steroid ke dan juga takde pengawet. Memang sesuai lah nak guna secara harian. Dewasa boleh guna, kanak2 seawal 2 minggu pun boleh guna. Cara guna dia mudah je. Spray 1-2 saat dalam setiap lubang hidung 1-2 kali sehari. Ada dalam saiz 20ml dan 100ml. Saiz 20ml tu boleh letak dalam handbag, mudah dibawa ke mana2. 

For more information, visit @claricare.malaysia 

#ClariCare
#ClariCaresAboutYou
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1445H, Minal Aidzin W Selamat Hari Raya Idul Fitri 1445H, Minal Aidzin Wal Faidzin, Mohon Maaf Lahir Dan Batin. Berhati2 di jalan raya ketika beraya. Tak perlulah bergocoh di tengah jalan, cucuk mencucuk, gesel menggesel, berguling2. Berhati2 di jalan raya, biar lambat asal selamat. Makan berpada2 juga sambil jaga kesihatan. Sekian terima kasih.
Happy birthday to the girl who adds so much beauty Happy birthday to the girl who adds so much beauty and warmth to our lives, Khalisa Sophia. Dah umur 6 tahun dia. As our second daughter, you have a special place in our hearts, filled with endless love. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan, berakhlak mulia, bijak pandai dan segala2nya yang terbaik. Amin…
Happy birthday Hana Sofia yang ke 9 tahun. Semoga Happy birthday Hana Sofia yang ke 9 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah, kuat semangat, baik hati, bertanggungjawab, mendengar kata ibu bapa, dan sentiasa cemerlang dalam segala bidang yang diceburi. Semoga Allah berikan kesihatan yang berpanjangan dan murah rezeki selalu. Semoga sentiasa cerdas akal, terang hati dan cerah masa depan. Amin…
Trying my new noodle maker 😍😍 Trying my new noodle maker 😍😍
Memandangkan dorang nak sangat masak sarapan sendi Memandangkan dorang nak sangat masak sarapan sendiri, kita bagi dorang buat sup celup2. Aku buat sup ayam basic je sebagai kuah lepas dorang celur bahan2 lain.
Dah lama nak datang sini actually. Dah lebih 3 tah Dah lama nak datang sini actually. Dah lebih 3 tahun nak datang, tak datang2. Hari ni baru ada jodoh. Looking forward to visit again. Aku harap semua library lain boleh la jadikan library ni sebagai sumber inspirasi untuk menarik kanak2 melepak di pusat sumber ni. Kata nak memupuk semangat kanak2 suka membaca ye dak?
Terjodoh pulak dengan kedai buku di hotel sebelah. Terjodoh pulak dengan kedai buku di hotel sebelah. So nice. Nanti nak datang mengopi kat sini sambil me time.
Load More… Follow on Instagram

Stay Connected

Subscribe to get more simple learning activities and some free goodies

2025 The Adventures of Mommy Hana Lisa. All Rights Reserved. Design by SkyandStars.co
Back Top